Pengenalan

Pengenalan Jabatan Tekonologi Makanan

Jabatan Teknologi Makanan diwujudkan selari dengan penubuhan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 1977. POLISAS satu-satunya politeknik di seluruh negara yang menawarkan Kursus Teknologi Makanan. Kursus Teknologi Makanan meliputi bidang Sains dan Teknologi Makanan.

Terdapat DUA (2) program diploma yang ditawarkan di bawah Jabatan teknologi Makanan iaitu Diploma Teknologi Makanan dan Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal. Kursus ini memberi pengetahuan dalam bidang sains makanan seperti kimia makanan, analisis makanan, mikrobiologi makanan, kejuruteraan makanan dan lain-lain. Pelajar didedahkan pengetahuan dan latihan dalam operasi pemprosesan dan pengeluaran makanan, bermula dari pemilihan bahan mentah sehinggalah pengedaran produk makanan. Proses pembelajaran dikendalikan oleh staf akademik yang terlatih kepakaran dalam bidang masing-masing.

Kursus ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor industri makanan dan juga agensi kerajaan yang berkaitan dan membolehkan pelajar mempunyai asas yang kukuh dalam kursus serta melahirkan graduan berkemahiran kritikal dan kreatif agar mereka boleh memasuki pasaran kerja dalam indudtri berkaitan mahupun melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya.

 

 

 

Program

Program 

 Diploma Teknologi Makanan (DTM)

 

Diploma Teknologi Makanan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi direka untuk menyediakan pelajar dengan pengajian multidisiplin dalam bidang sains makanan, pemprosesan makanan, kawalan kualiti makanan, analisis makanan dan kejuruteraan. Kursus-kursus yang ditawarkan akan membantu pelajar memahami sifat makanan, punca kerosakan makanan, pengawetan makanan, serta prinsip-prinsip asas pemprosesan makanan dan penukaran bahan mentah kepada produk makanan yang selamat dan berkualiti.

Matlamat program ini adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan terkini dan kemahiran yang diperlukan dalam ekonomi global. Bagi menangani keperluan ini, kurikulum yang disediakan memberi penekanan kepada teknologi semasa serta memenuhi permintaan industri. Sebagai nilai tambah kepada program ini, pelajar diwajibkan untuk menghadiri Kursus Pengendalian Makanan yang menawarkan pensijilan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

 Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal (DMH)

 

Diploma Teknologi Makanan (Pengurusan Halal) direka untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi makanan dan pengurusan halal bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan halal, sektor kerajaan, serta untuk menjadi usahawan dalam industri makanan halal.Struktur program ini memfokuskan terutamanya kepada bidang sains makanan, pemprosesan makanan, jaminan kualiti makanan, piawaian dan perundangan halal, pensijilan halal, serta sistem jaminan halal. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dirangka untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, serta mahir dalam komunikasi, pemikiran kritis, dan kemahiran penyelesaian masalah. Sinergi melalui kolaborasi aktif dengan pihak-pihak berkaitan turut memperkukuh potensi pelajar dalam memenuhi tuntutan kerja yang sentiasa mencabar.

 

Syarat KemasukanSyarat Kemasukan ke Diploma Teknologi Makanan dan Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal bolehlah melayari laman sesawang https://ambilan.mypolycc.edu.my/

 

 

Kemudahan

Kemudahan 

Bangunan JTM terdiri daripada 2 blok bangunan iaitu blok A dan blok B. Blok A merupakan bangunan lama 2 tingkat yang dibina pada tahun 1983 dan terdiri daripada:

  1. Bilik Pensyarah
  2. Bilik Alat Pandang Dengar
  3. Makmal Kawalan Mutu
  4. Makmal Lemak Minyak
  5. Makmal Mikrobiologi
  6. Makmal Bijirin
  7. Makmal Hasil Ternakan
  8. Makmal Pemprosesan
  9. Bilik Kuliah A dan B
  10. Makmal Persediaan Makanan
  11. Makmal Sensori
  12. Makmal Analisis

 

Lain-lain Kemudahan Dan Perkhidmatan

  1. COOP Mart (Koperasi Mart)
  2. Kelab dan Persatuan
  3. Unit Kerjaya dan Kaunseling
  4. Padang Bola Sepak, Hoki dan Ragbi
  5. Klinik POLISAS
  6. Pusat Aktiviti Pelajar
  7. Kolej Kediaman Pelajar
  8. Pusat Islam
  9. Internet dan Wi-Fi
  10. Perkhidmatan Perundingan Akademik
  11. Dewan Badminton
  12. Gelanggang Bola Tampar, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Petanque

 

Carta Organisasi

  Carta Organisasi