Pengenalan

Pengenalan

Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah adalah suatu unit yang bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peperiksaan dan penganugerahan Sijil / Diploma  Akademi pelajar.Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan dibantu oleh dua (2) orang Pegawai Peperiksaan dan tujuh (7) orang Penyelaras Peperiksaan Jabatan.

 

FUNGSI

Fungsi / Perkhidmatan

Antara fungsi dan perkhidmatan Unit Peperiksaan adalah:-

Penyediaan Kertas Peperiksaan Akhir

  •  Proses penggubalan soalan peperiksaan.
  • Semakan soalan peperiksaan akhir oleh Panel dilantik.
  • Pengurusan bank soalan bagi program yang diselaras

Pelaksanaan Peperiksaan Akhir

Dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu pada setiap hujung semester pengajian

Pemprosesan Keputusan Peperiksaan dan Penilaian Akhir

  • Keputusan peperiksaan dan penilaian akhir akan diproses dalam tempoh 1 minggu selepas peperiksaan akhir berakhir.
  • Pengumuman keputusan peperiksaan dan penilaian akhir semester secara online.

Pengurusan Persijilan Sijil / Diploma

  • Pengeluaran Sijil / Diploma kepada pelajar yang telah disahkan bergraduat oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPT.
  • Penyediaan transkrip penuh bagi graduan

Penguatkuasaan Peraturan Peperiksaan dan Penilaian

Penguatkuasaan Peraturan Peperiksaan dan Penilaian adalah tertakluk kepada “Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian” melibatkan perkara seperti pelanggaran arahan am peperiksaan akhir, kes-kes meniru, cubaan meniru dan memberi tiru dan sebagainya.

Pentadbiran

  • Pengesahan maklumat graduan/lulusan.
  • Pengurusan gantian sijil/diploma dan transkrip yang hilang.

 

TRANSKRIP DAN SIJIL DIPLOMA

Transkrip dan Sijil Diploma

 Transkrip Sementara (Provisional Transcript)

Untuk lulusan (pelajar) yang telah mendapat status LULUS PENUH (LP) tetapi belum berkonvokesyen

>>  Lulusan (pelajar) boleh mencetak sendiri Transkrip Sementara (Provisonal Transcript).

>>  Sila rujuk tatacara mencetak Transkrip Sementara (Provisional Transcript) disini.

>>  Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di talian 09-5655348.

 

Tatacara Permohonan Sijil / Diploma Melalui Pos

Tatacara Permohonan Sijil / Diploma Melalui Pos

  1.  Lulusan perlu mengemukakan dokumen berikut:
          1.1    Borang permohonan untuk mendapatkan Sijil/Diploma melalui pos. Borang permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut: disini
                    a.    Salinan kad pengenalan yang disahkan
                    b.    Salinan bukti pembayaran
  2.  Hantarkan permohonan anda ke Unit Peperiksaan dalam bentuk softcopymelalui alamat emel  berikut: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  3.  Permohonan Lulusan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
  4.  Permohonan Sijil/Diploma anda akan dikeluarkan dalam bentuk hardcopy.
  5.  Cara pengeluaran transkrip oleh Unit Peperiksaan adalah melalui pos berdaftar.
  6.  Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di talian 09-5655348.

 

Tatacara Permohonan Sijil / Diploma Dan Transkrip Gantian

Tatacara Permohonan Sijil / Diploma Dan Transkrip Gantian

Permohonan ini bagi sijil atau transkrip yang hilang atau mengalami kerosakan.

  1.  Permohonan bagi Sijil/Diploma Gantian. Lulusan perlu mengemukakan dokumen berikut:
           1.1    Laporan polis berkenaan kehilangan/kerosakan Sijil/Diploma
           1.2    Borang permohonan Sijil/Diploma gantian. disini

                1.3    Salinan Sijil/Diploma asal. (Jika ada)

2.    Permohonan bagi Transkrip Gantian. Lulusan perlu mengemukakan dokumen berikut:


       1.1    Borang permohonan Transkrip gantian. disini
       1.2    Salinan Transkrip asal. (Jika ada)
       1.3    Salinan slip peperiksaan setiap semester. (Jika ada)
       1.4    Salinan slip keputusan Latihan Industri. (Jika ada)

3.    Hantarkan permohonan anda ke Unit Peperiksaan dalam bentuk softcopy melalui alamat emel  berikut: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

4.    Hantarkan permohonan anda ke Unit Peperiksaan dalam bentuk hardcopy (untuk menghantar kiriman wang) melalui alamat pos berikut:

         UNIT PEPERIKSAAN
         POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
         SEMAMBU, 25350 KUANTAN
         PAHANG

5.    Permohonan Lulusan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
6.    Permohonan Sijil/Diploma atau Transkrip anda akan dikeluarkan dalam bentuk hardcopy.

7.    Cara pengeluaran Sijil/Diploma dan transkrip oleh Unit Peperiksaan POLISAS:
       I.    Ambil sendiri di Unit Peperiksaan POLISAS.
      II.    Diwakilkan. (Hadir bersama surat rasmi kebenaran untuk mewakilkan pemohon)

     III.    Pos berdaftar.


8.    Setiap permohonan Sijil/Diploma dan Transkrip gantian akan dikenakan bayaran seperti berikut:

 

Perkara

Bayaran (RM)

Sijil/Diploma (versi BM)

50.00

Sijil/Diploma (versi BI)

50.00

Transkrip

10.00