KUNJUNG HORMAT POLISAS KE PEJABAT KONSULAT JENERAL MALAYSIA, PERTH

 

 

KUNJUNG HORMAT POLISAS KE PEJABAT KONSULAT JENERAL MALAYSIA, PERTH

 

 

       TARIKH                                                                            PAUTAN
     3 MEI 2026      https://www.facebook.com/share/p/1GNebtDktM/
     4 MEI 2026      https://www.facebook.com/share/p/1E5X3AX1gQ/?mibextid=wwXIfr
     5 MEI 2026      https://www.facebook.com/share/p/1QV6m7VGm4/?mibextid=wwXIfr
   

 

SEMINAR ANTARABANGSA AI DI CHINA 2026

SEMINAR ANTARABANGSA AI DI CHINA 2026

 

 

LIMA PENSYARAH POLISAS TERPILIH SERTAI SEMINAR ANTARABANGSA AI DI CHINA


Center of Food Science and Technology (CFOST), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dengan kerjasama Wuhan Central Foreign Economic and Technical Cooperation Group Co., Ltd. telah menghantar lima orang pensyarah POLISAS untuk menyertai "Seminar on Artificial Intelligence for Women Officials from ASEAN Countries" yang akan berlangsung di Nanning, Guangxi, China bermula 2 hingga 15 Jun 2026.
Delegasi POLISAS terdiri daripada empat orang pensyarah Jabatan Teknologi Makanan dan seorang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Seminar antarabangsa ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan China dan akan dilaksanakan di Guangxi International Business Vocational College.


Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan CFOST dan POLISAS dalam memperkukuh pembangunan profesionalisme pensyarah serta meningkatkan kompetensi dalam bidang kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) yang semakin penting dalam sektor pendidikan, teknologi dan industri.


Program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif kerjasama strategik antara CFOST dan Wuhan Central Foreign Economic and Technical Cooperation Group Co., Ltd. dalam memperluaskan jaringan antarabangsa, memperkukuh perkongsian kepakaran serta meneroka aplikasi teknologi AI bagi menyokong transformasi pendidikan TVET dan industri makanan.


Diharapkan penyertaan ini dapat membuka peluang kepada para peserta untuk memperoleh pengetahuan terkini, membina rangkaian profesional antarabangsa serta membawa pulang amalan terbaik yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran, penyelidikan dan pembangunan institusi pada masa hadapan.


Berikut adalah maklumat aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang seminar dijalankan.

 

aktiviti                                               Link 
1. https://www.facebook.com/share/p/18fxAy9bUU/
2. https://www.facebook.com/share/p/18dST5mDp5/
3. https://www.facebook.com/share/p/1HfWYymhiz/
4. https://www.facebook.com/share/p/1H7HYon6j6/

 

 

PROGRAM LANGUAGE WITHOUT BORDERS: A VIRTUAL MANDARIN COMMUNICATION PROGRAM FOR INTERNATIONAL LEARNERS

 

Jabatan Pengajian Am, POLISAS telah menganjurkan program Language Without Borders: A Virtual Mandarin Communication Program for International Learners pada 5 Mei 2026 bersama Sungai Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.


Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan kemahiran komunikasi Bahasa Mandarin melalui aktiviti interaktif, latihan perbualan dan perkongsian budaya.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Mr. Kasfee Domae, Deputy Director merangkap Acting Director Sungai Kolok Industrial and Community Education College.


Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Miss Angeline Chong Suet Kee selaku penceramah, serta semua peserta dan fasilitator yang telah menjayakan program ini.


“Language has no borders when hearts are connected”