MAKLUMAN PEPERIKSAAN UNTUK PELAJAR SESI I: 2025/2026 - RUJUKAN
1. KEPUTUSAN RASMI
Tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir Sesi I : 2025/2026 adalah pada 02/01/2026 dan pelajar boleh membuat semakan keputusan pada tarikh berkenaan.
Keputusan peperiksaan boleh diketahui melalui cara-cara berikut;
i. Rujuk papan notis jabatan untuk mengetahui status keputusan peperiksaan mulai 02/01/2026
ii. Rujuk laman Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik iaitu http://spmp.polisas.edu.my
(Perkhidmatan on-line: i-exam)
iii. Hubungi Unit Peperiksaan POLISAS:
Pej. Am: 09 - 5655300 / Peg. Peperiksaan: 09 - 5655348
2. RAYUAN
Tarikh akhir rayuan bagi Sesi I : 2025/2026 pada 16 Januari 2026. Rayuan selepas tamat tempoh yang dibenarkan tidak akan dipertimbangkan. Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar pada 22/01/2026.
i. Rayuan Untuk Menyemak Semula Skrip Jawapan peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus melalui aplikasi iPayment (https://ipayment.anm.gov.my/bill/f55539ed-ecd5-4ab8- bfddc032ad96313e) serta muat turun LAMPIRAN 1.
ii. Rayuan Keputusan Peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM50.00 melalui aplikasi iPayment (https://ipayment.anm.gov.my/bill/c5934b76-ef29-4192-a91e-d5e6eefedd89) dan hendaklah disertakan dengan surat rasmi sepertimana LAMPIRAN 2 kepada:
Unit Peperiksaan
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Semambu, 25350 Kuantan, Pahang
(u.p: Pegawai Peperiksaan)
atau melalui e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Permohonan rayuan hendaklah disertakan bersama Folder Penilaian PB (folio PB) bagi kursus berkenaan sekiranya berkaitan dengan kes rayuan anda. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan
bahan/dokumen bukti yang berkaitan sebagai sokongan.
KEPUTUSAN RASMI SELEPAS RAYUAN ADALAH MUKTAMAD
3. PENILAIAN KHAS (MP)
Bagi pelajar semester akhir yang gagal SATU kursus sahaja, Penilaian Khas (Mengulang Penilaian) bagi kursus berkenaan akan dilaksanakan pada 22/01/2026 – 16/02/2026 dan keputusan rasmi pada 23/02/2026.
Sesi Taklimat dan Pendaftaran Kursus Penilaian Khas (MP)
Tarikh : 22/ 01/ 2026 (Khamis)
Tempat : Atas talian. Link akan diberi bersama surat Penilaian Khas.
Masa : 10.00 Pagi
* KEHADIRAN BAGI PELAJAR YANG TERLIBAT ADALAH DIWAJIBKAN