Pengenalan

Pengenalan

 Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) merupakan sebuah jabatan akademik induk yang berperanan penting dalam melahirkan graduan teknikal separa profesional yang berpengetahuan, berkemahiran serta beretika tinggi bagi menyokong keperluan industri pembinaan, persekitaran binaan dan pembangunan negara secara mampan. Pelaksanaan program-program di jabatan ini adalah berteraskan pendekatan Outcome-Based Education (OBE), yang memberi tumpuan kepada pencapaian hasil pembelajaran yang jelas, terukur dan selari dengan keperluan industri serta piawaian professional yang terkini.

 

JKA menawarkan tiga (3) program diploma iaitu; Diploma Kejuruteraan Awam (DKA), Diploma Geomatik (DGU) dan Diploma Senibina (DSB). Setiap program dirangka secara holistik dengan keseimbangan antara penguasaan teori, latihan makmal, kerja lapangan, pembelajaran berasaskan projek serta penggunaan teknologi dan perisian terkini, bagi memastikan graduan mempunyai kompetensi teknikal, kemahiran insaniah dan kebolehan menyelesaikan masalah dalam persekitaran kerja sebenar.

 

Program Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) dilaksanakan selaras dengan keperluan akreditasi oleh Engineering Technology Accreditation Council (ETAC), di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Kurikulum program ini memberi penekanan kepada bidang pembinaan, struktur, geoteknik, kejuruteraan trafik, sumber air serta pengurusan projek, dengan matlamat melahirkan graduan yang kompeten dan bersedia untuk menyokong amalan kejuruteraan teknologi di peringkat industri.

 

Manakala program Diploma Geomatik (DGU) dan Diploma Senibina (DSB) adalah diakreditasi oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan dibangunkan sejajar dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Program DGU memfokuskan kepada bidang pengukuran tanah, pemetaan, Sistem Maklumat Geografi (GIS), penderiaan jauh (remote sensing) serta teknologi geospatial moden. Program DSB pula menekankan aspek reka bentuk seni bina, lukisan teknikal, perancangan ruang, teknologi bangunan serta kefahaman terhadap estetika, fungsi dan kelestarian persekitaran binaan.

 

Dengan sokongan tenaga akademik yang berkelayakan dan berpengalaman, kemudahan makmal, bengkel dan studio yang lengkap serta jaringan kolaborasi strategik bersama pihak industri dan badan profesional, pihak jabatan komited dalam memastikan kualiti penyampaian pendidikan yang berterusan. Melalui pemantauan berasaskan OBE dan amalan penambahbaikan berterusan (Continuous Quality Improvement, CQI), jabatan ini sentiasa berusaha memperkukuh kebolehpasaran graduan serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan modal insan teknikal negara.

 

 

 

Program

Program 

Kursus yang ditawarkan

  • Diploma Geomatik (DGU)
  • Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
  • Diploma Senibina (DSB)

>>Student Guide Book DKA 2.0 2024-2025 EDITION

>>Student Guide Book DGU

>>Student Guide Book DKA 

>> Student Guide Book DSB R1

 

Kemudahan

Kemudahan JKA

Selain memberi ilmu pengetahuan, jabatan ini memberikan latihan kemahiran secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran di bengkel serta makmal yang berkaitan. Antara kemudahan yang disediakan adalah :

  • Makmal Konkrit
  • Makmal Hidraulik 
  • Makmal Struktur
  • Makmal Jalan raya
  • Makmal Geoteknik
  • Makmal Alam Sekitar
  • Makmal GIS
  • Makmal CAD
  • Bengkel Ukur
  • Bengkel kayu
  • Bengkel bata
  • Bengkel paip
  • Studio Rekabentuk Senibina
  • Studio dan Makmal Komputer
  • Galeri Senibina
  • Galeri Geomatik
  • Galeri Awam
  • Bilik Kuliah

Carta Organisasi

 Carta Organisasi Jabatan Kejuruteraan Awam