Tatacara Permohonan Sijil / Diploma Dan Transkrip Gantian

Permohonan ini bagi sijil atau transkrip yang hilang atau mengalami kerosakan.

  1.  Permohonan bagi Sijil/Diploma Gantian. Lulusan perlu mengemukakan dokumen berikut:
           1.1    Laporan polis berkenaan kehilangan/kerosakan Sijil/Diploma
           1.2    Borang permohonan Sijil/Diploma gantian. disini

                1.3    Salinan Sijil/Diploma asal. (Jika ada)

2.    Permohonan bagi Transkrip Gantian. Lulusan perlu mengemukakan dokumen berikut:


       1.1    Borang permohonan Transkrip gantian. disini
       1.2    Salinan Transkrip asal. (Jika ada)
       1.3    Salinan slip peperiksaan setiap semester. (Jika ada)
       1.4    Salinan slip keputusan Latihan Industri. (Jika ada)

3.    Hantarkan permohonan anda ke Unit Peperiksaan dalam bentuk softcopy melalui alamat emel  berikut: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

4.    Hantarkan permohonan anda ke Unit Peperiksaan dalam bentuk hardcopy (untuk menghantar kiriman wang) melalui alamat pos berikut:

         UNIT PEPERIKSAAN
         POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
         SEMAMBU, 25350 KUANTAN
         PAHANG

5.    Permohonan Lulusan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
6.    Permohonan Sijil/Diploma atau Transkrip anda akan dikeluarkan dalam bentuk hardcopy.

7.    Cara pengeluaran Sijil/Diploma dan transkrip oleh Unit Peperiksaan POLISAS:
       I.    Ambil sendiri di Unit Peperiksaan POLISAS.
      II.    Diwakilkan. (Hadir bersama surat rasmi kebenaran untuk mewakilkan pemohon)

     III.    Pos berdaftar.


8.    Setiap permohonan Sijil/Diploma dan Transkrip gantian akan dikenakan bayaran seperti berikut:

 

Perkara

Bayaran (RM)

Sijil/Diploma (versi BM)

50.00

Sijil/Diploma (versi BI)

50.00

Transkrip

10.00

 

 

 

 

 

 

 

 

9. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di talian 09-5655348.