Soalan Lazim
- Details
- Hartini
- Hits: 583
1. Dimanakah lokasi POLISAS ?
Lokasi : Semambu, Kuantan
2. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat /syarat /kaedah permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik /Kolej Komuniti?
Layari : https://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp
3. Apakah program pengajian yang ditawarkan di POLISAS?
>> Program Asasi Teknologi Kejuruteraan
>> 14 program peringkat DIPLOMA dalam 5 bidang utama :
a) Jabatan Kejuruteraan Awam [Senibina / Geomatik/ Kejuruteraan Awam]
b) Jabatan Kejuruteraan Elektrik [Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik /Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) / Kejuruteraan Elektronik (Komputer)]
c) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal [Kejuruteraan Mekanikal/ Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)]
d) Jabatan Teknologi Makanan [Teknologi Makanan/Teknologi Makanan Pengurusan Halal]
e) Jabatan Perdagangan [Sains Kesetiausahaan/Perakaunan/Pengurusan Logistik & Rantaian Bekalan / Sistem Maklumat Perniagaan]
4. Berapakah kadar yuran pengajian dan asrama untuk satu semester?
Yuran pengajian (RM200) / Yuran asrama (RM60).
5. Apakah jenis pinjaman pengajian atau biasiswa yang boleh dipohon?
Pelajar Politeknik KPT bagi program Diploma akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pelajar peringkat Diploma semester pertama juga boleh memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berdasarkan kelayakan dan kecemerlangan dalam keputusan SPM. Selain daripada itu, para pelajar juga boleh memohon pinjaman atau biasiswa pendidikan dari pelbagai pihak lain seperti badan-badan berkanun meliputi agensi kerajaan persekutuan (contoh JHEOA, Biasiswa Sukan KPT) dan kerajaan negeri (contoh Yayasan Selangor, Yayasan Pahang, Yayasan Johor, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah) dan syarikat-syarikat swasta (contoh KUOK Foundation dan Golden Hope Plantation). Seseorang pelajar hanya dibenarkan menerima satu biasiswa/pinjaman sahaja. Pembayaran biasiswa/pinjaman adalah dibuat melalui akaun bank pelajar.
Elaun Khas juga disediakan untuk Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) di Politeknik KPT. Bantuan ini merupakan keistimewaan khas yang diberikan kepada pelajar OKU dengan tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan. Hanya pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang diiktiraf sebagai layak menerima bantuan ini dan bayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.
6. Siapa yang boleh dihubungi berhubung kemasukan pelajar atau hal-hal berkaitan pelajar?
Hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) di talian 09-5655300 samb. 261 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
7. Siapa yang boleh dihubungi berhubung Asrama Pelajar?
Hubungi Unit Asrama di talian 09-5655300 (samb. pegawai 302/305) / (samb. Asrama:304/ Asrama B:306 / Asrama C:301)
8. Siapa yang boleh dihubungi berkaitan permohonan transkrip/sijil gantian?
Hubungi Unit Peperiksaan di talian 09-5655300 (samb.220) atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
9. Siapa yang boleh dihubungi berkaitan permohonan dokumen kurikulum (silibus) bagi tujuan pemindahan kredit?
Boleh berhubung dengan Unit Jaminan Kualiti melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau rujuk tatacara permohonan : https://polisas.mypolycc.edu.my/index.php/rujukan/muat-turun/category/5-unit-kualiti
10. Bagaimana cara untuk salurkan maklum balas pelanggan (Aduan/Cadangan/Pertanyaan/Penghargaan) berkaitan POLISAS?
Salurkan ke : https://aduanawam.polisas.edu.my/aduanawam/index.php?a=add