Kerangka Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (PSPKK) 2026–2035 telah dibangunkan sebagai panduan strategik utama dalammemperkukuh hala tuju serta perancangan pembangunan politeknik dan kolej komuniti bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Kerangka ini telah diluluskan pemakaiannya melalui Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bilangan 6 tahun 2026 pada 8 Mei 2026. Antara lain, kerangka ini mengandungi lapan teras strategik iaitu meningkatkan kecekapan tadbir urus, memperkasakan program TVET bernilai tinggi, memperkukuh kolaborasi pintar, memantapkan bakat berprestasi tinggi, membangunkan pembelajar holistik, menyediakan ekosistem lestari, membudayakan RDICE bertanggungjawab dan memperhebat kecekapan komunikasi.

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila klik Pautan DISINI