Pengenalan
Perpustakaan POLISAS adalah unit yang bertanggungjawab membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada semua penggunanya.
Mula beroperasi pada sekitar tahun 1983, serta diletakkkan dibawah Unit Pusat Sumber, perpustakaan sementara ini ditempatkan di tingkat bawah bangunan blok A, dan akhirnya pada tahun 2004 berpindah ke bangunan khusus yang lebih selesa. Bangunan perpustakaan 2 tingkat yang mempunyai keluasan lantai 1080 meter persegi serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan? dapat menampung 700 orang pengguna pada satu masa.
Unit Perpustakaan diketuai oleh Pustakawan Kanan dan dibantu oleh 8 orang kakitangan yang bertanggungjawab untuk membantu para pengguna semasa menggunakan sebarang perkhidmatan perpustakaan
Perpustakaan POLISAS menggunakan Sistem Library of Congress yang berasaskan abjad. Perpustakaan POLISAS menggunakan Sistem Perpustakaan KOHA.
Visi dan Misi
Visi : Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan dan Kemudahan Yang Efisyen, Sistematik dan Mesra Pelanggan.
Misi : Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran dan Pengajaran Serta Penyelidikan Melalui Teknologi Terkini Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Separa Profesional yang Berilmu Pengetahuan
Carta Organisasi dan Direktori Staf
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Perpustakaan
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
25350 Kuantan Pahang
Tel : 609-5655335
Kaunter Pertanyaan/Rujukan ext: 339
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman sesawang : http://perpustakaan-polisas.blogspot.com/
Keahlian
Semua pembaca?perlu mendaftar sebagai ahli Perpustakaan POLISAS. Pendaftaran keahlian adalah percuma. Tempoh keahlian sah sepanjang pengajian pelajar dan perkhidmatan kakitangan POLISAS. Pendaftaran keahlian boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan di kaunter pendaftaran.
Kategori Keahlian
Kakitangan POLISAS-Menggunakan Kad pengenalan
Pelajar Pelajar-Menggunakan Kad Matrik dan Kad Pengenalan
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi;?
Kaunter Pendaftaran, ext : 336
Aras Bawah ,
Perpustakaan POLISAS
Perkhidmatan/Kemudahan
Perkhidmatan Sirkulasi, Pinjaman dan Pemulangan
Perpustakaan POLISAS menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk pinjaman kepada Ahli Perpustakaan yang berdaftar. Selain daripada koleksi buku terdapat juga bahan-bahan lain disediakan untuk pinjaman.
Perkhidmatan Kaunter Pertanyaan/Rujukan
Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu para pelajar dan pensyarah membuat pencarian bahan ?serta mendapatkan pelbagai maklumat. Semua urusan tempahan bilik dan rujukan dibuat di kaunter ini. Lokasi perkhidmatan ini adalah di Aras 1.
Perkhidmatan Web OPAC (On-line Public Access Catalogue)
Dua unit komputer yang ditempatkan di ruang Kaunter Pertanyaan/Rujukan digunakan di perpustakaan untuk membolehkan pelajar menggunakan OPAC untuk mengesan bahan yang terdapat dalam perpustakaan. Perkhidmatan ini juga boleh diakses dari makmal komputer Aras 2. Pengguna boleh membuat carian secara terus melalui laman web POLISAS di alamat http://library.polisas.edu.my/
Ruang Membaca
Perpustakaan POLISAS menyediakan ruang membaca dan rujukan yang selesa. Dalam satu masa, perpustakaan mampu menampung seramai 700 orang pengguna.
Makmal Komputer
Perpustakaan POLISAS menyediakan perkhidmatan Komputer untuk para pelajar mengakses internet, Pengkalan Data melalui Portal U-Pustaka dan kerja-kerja kesetiausahaan. Perkhidmatan ini dibuka bermula 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.
Portal Sumber Elektronik PNM (PORTAL u-PUSTAKA)
Dengan menjadi ahli kepada portal sumber elektronik PNM, anda akan mendapat keistimewaan untuk mengakses secara eksklusif pelbagai pangkalan data khusus tertentu yang telah dilanggan oleh PNM serta sumber-sumber elektronik yang telah dihasil dan disediakan oleh PNM. Portal sumber elektronik PNM ini boleh dilayari di alamat sesawang berikut http://www.u-library.gov.my/portal/ms/home.
Bagi warga Polisas yang tidak berdaftar, boleh mendapatkan login serta kata laluan dari petugas di kaunter rujukan.
Bilik Tutorial
Terdapat 2 buah Bilik Perbincangan yang disediakan iaitu di Aras Tengah dan Aras 2. Setiap bilik boleh memuatkan 20 orang pelajar dalam satu masa. Setiap bilik dilengkapi dengan kerusi, meja, skrin, papan putih.
Bilik Seminar
Terdapat ?bilik seminar di Aras Tengah,Perpustakaan POLISAS yang boleh memuatkan seramai 52 ?orang dalam satu masa. Digunakan untuk seminar, kursus, taklimat dan persembahan. Kemudahan yang disediakan adalah kerusi, meja, skrin, papan putih. Permohonan tempahan boleh dibuat melalui Kaunter Pertanyaan/Rujukan Unit Perpustakaan.
Bilik Kajian Pensyarah
Perkhidmatan ini disediakan di Aras 2, khas kepada mana-mana pensyarah atau kumpulan yang ingin membuat kajian akademik.
Perkhidmatan Bilik Tayangan
Perkhidmatan ini disediakan di Aras 1, khas kepada mana-mana kelas atau kumpulan yang ingin membuat persembahan berbentuk ilmiah dan akademik. Bilik ini mampu menampung seramai 100 orang dalam satu masa. Kemudahan yang disediakan adalah LCD, kerusi, meja, skrin, papan putih
Loker Berkunci
Di Aras Bawah, terdapat loker berkunci untuk pengguna menyimpan barang-barang berharga mereka yang tidak boleh dibawa masuk ke perpustakaan.
Sumber Digital
Sistem Aplikasi Perpustakaan :