Carta Organisasi

 

Maklumat am

Unit ini mula ditubuhkan pada bulan Mei 2002 dan dahulunya dikenali sebagai Unit Alat Pandang Dengar (UAPD). Ini berikutan daripada penstrukturan semula selepas latihan pegawai multimedia dan sumber dibuat oleh Bahagian Pengurusan Politeknik (Bpp), Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia berfungsi sebagai unit yang menawarkan perkhidmatan media dan sokongan kepada instruksional, pengajaran dan pembelajaran di POLISAS.

Unit ini menyediakan perkhidmatan media bagi seluruh kakitangan akademik di POLISAS dalam usaha meningkatkan proses instuksional, pengajaran dan pembelajaran. Mengikut perancangan didalam pelan naiktaraf politeknik-politeknik KPM, bilik-bilik kuliah akan disediakan peralatan teknologi multimedia untuk memudahkan tenaga akademik memilih dan menggunakan teknologi instruksional dan pembelajaran yang sesuai dengan matlamat dan objektif disamping pelaksanaan e-learning.


Perkhidmatan yang ditawarkan

Di antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan ialah :

  • Pinjaman peralatan media untuk kaktangan akademik dan sokongan
  • Membuat liputan video dan gambar kaku (still photography) dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Politeknik.
  • Menyediakan kemudahan pengajaran mikro - Menyediakan kemudahan multimedia, komputer grafik dan teknologi instruksional untuk seminar, persidangan, bengkel, latihan dan pameran yang dianjurkan oleh Politeknik.
  • Menyediakan kemudahan penyenggaraan dan baik pulih peralatan teknologi instuksional
  • Memberi khidmat nasihat tentang pemilihan dan pembelian peralatan teknologi instruksional.
  • Menyimpan teknologi instruksional dan bahan-bahan multimedia (archiving).

Jawatankuasa

Ia berfungsi untuk melaksanakan kerja-kerja rekabentuk grafik komputer, dan seterusnya mencetak ke mesin cetak warna atau membantu J/kuasa web & multimedia didalam rekabentuk antaramuka (interface design). Ia juga membantu dalam penyediaan rekabentuk bahan cetakan seperti poster, catalog dan brosur. J/kuasa ini masih lagi tidak mempunyai peralatan dan perkakasan yang lengkap untuk penghasilan pelbagai bentuk grafik untuk keperluan dan kegunaan politeknik, seperti mesin pencetak warna color laserjet, mesin plot, mesin cetak inkjet, komputer dan sebagainya. Perisian-perisian grafik & percetakan yang digunakan seperti Adobe Photoshop, Pagemaker, Macromedia Freehand, Fireworks, Paint Shop Pro, Coreldraw dan lain-lain. Jawatankuasa Animasi 2D & 3D Ia bertangungjawab di dalam menghasilkan animasi-animasi yang diperlukan di dalam penghasilan video, web, dan multimedia. Perisian yang digunakan ialah 3DMax, Adobe Premiere, SoundForge dan sebagainya.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Multimedia & Sumber

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

25350 Kuantan Pahang

Tel: 609-5655300 ext: 365