Makluman Peperiksaan Sesi II : 2023/2024
- Details
- Hits: 1557
Makluman Peperiksaan Sesi II : 2023/2024
1. KEPUTUSAN RASMI
Tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir Sesi II : 2023/2024 adalah pada 04/07/2024 dan pelajar boleh membuat semakan keputusan pada tarikh berkenaan.
Keputusan peperiksaan boleh diketahui melalui cara-cara berikut;
i. Rujuk papan notis jabatan untuk mengetahui status keputusan peperiksaan mulai 04/07/2024
ii. Rujuk laman Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik iaitu http://spmp.polisas.edu.my (Perkhidmatan on-line: i-exam)
iii. Hubungi Unit Peperiksaan POLISAS:
Pej. Am: 09 - 5655348 / Peg. Peperiksaan: 09 - 5655349
2. RAYUAN
Tarikh akhir rayuan bagi Sesi II : 2023/2024 pada 17 Julai 2024. Rayuan selepas tamat tempoh yang dibenarkan tidak akan dipertimbangkan.
Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar pada 29/07/2024.
i. Rayuan Untuk Menyemak Semula Skrip Jawapan peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus dalam bentuk money order atas nama PENGARAH POLISAS
serta muat turun LAMPIRAN 1.
ii. Rayuan Keputusan Peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM50.00 dalam bentuk money order atas nama PENGARAH POLISAS dan hendaklah disertakan dengan surat rasmi sepertimana LAMPIRAN 2 kepada:
Pengarah
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Semambu, 25350 Kuantan, Pahang
(u.p: Pegawai Peperiksaan)
atau melalui e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
* Sila nyatakan no. telefon anda apabila berurusan untuk tindakan SEGERA
Permohonan rayuan hendaklah disertakan bersama Folder Penilaian PB (folio PB) bagi kursus berkenaan sekiranya berkaitan dengan kes rayuan anda. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan bahan/dokumen bukti yang berkaitan sebagai sokongan.
KEPUTUSAN RASMI SELEPAS RAYUAN ADALAH MUKTAMAD
3. PENILAIAN KHAS (MP)
Bagi pelajar semester akhir yang gagal SATU kursus sahaja, Penilaian Khas (Mengulang Penilaian) bagi kursus berkenaan akan dilaksanakan pada 29/07/2024 – 23/08/2024 dan keputusan rasmi pada 26/08/2024.
Sesi Taklimat dan Pendaftaran Kursus Penilaian Khas (MP)
Tarikh : 29/ 07/ 2024 (Isnin)
Tempat : DEWAN SEMINAR MAHKOTA, POLISAS
Masa : 10.00 Pagi
* KEHADIRAN BAGI PELAJAR YANG TERLIBAT ADALAH DIWAJIBKAN