Makluman Keputusan Peperiksaan dan Rayuan Sesi II : 2024/2025

 

1. KEPUTUSAN RASMI

Tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir Sesi II : 2024/2025 adalah pada 19/06/2025 dan pelajar boleh membuat semakan keputusan pada tarikh berkenaan.

Keputusan peperiksaan boleh diketahui melalui cara-cara berikut;

      i. Rujuk papan notis jabatan untuk mengetahui status keputusan peperiksaan mulai 19/06/2025
      ii. Rujuk laman Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik iaitu http://spmp.polisas.edu.my (Perkhidmatan on-line: i-exam)
      iii. Hubungi Unit Peperiksaan POLISAS:

          Pej. Am: 09 - 5655300 / Peg. Peperiksaan: 09 - 5655348

 

2. RAYUAN

Tarikh akhir rayuan bagi Sesi II : 2024/2025 pada 03 Julai 2025. Rayuan selepas tamat tempoh yang dibenarkan tidak akan dipertimbangkan. Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar pada 14/07/2025.       

        i. Rayuan Untuk Menyemak Semula Skrip Jawapan peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus dalam bentuk money order atas nama PENGARAH POLISAS serta     muat turun LAMPIRAN 1.

        ii. Rayuan Keputusan Peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM50.00 dalam bentuk money order atas nama PENGARAH POLISAS dan hendaklah disertakan dengan surat rasmi sepertimana LAMPIRAN 2

                  kepada:
                                      Unit Peperiksaan
                                      Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
                                      Semambu, 25350 Kuantan, Pahang                                                Sila nyatakan no. telefon anda apabila berurusan untuk tindakan SEGERA
                                      (u.p: Pegawai Peperiksaan)

                                     atau melalui e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Permohonan rayuan hendaklah disertakan bersama Folder Penilaian PB (folio PB) bagi kursus berkenaan sekiranya berkaitan dengan kes rayuan anda. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan  bahan/dokumen  bukti yang berkaitan sebagai sokongan.


KEPUTUSAN RASMI SELEPAS RAYUAN ADALAH MUKTAMAD


3. PENILAIAN KHAS (MP)

Bagi pelajar semester akhir yang gagal SATU kursus sahaja, Penilaian Khas (Mengulang Penilaian) bagi kursus berkenaan akan dilaksanakan pada 14/07/2025 – 08/08/2025 dan keputusan rasmi pada 11/08/2025.
   

   Sesi Taklimat dan Pendaftaran Kursus Penilaian Khas (MP)


                    Tarikh : 14/ 07/ 2025 (Isnin)
                  Tempat : Atas talian. Link akan diberi bersama surat Penilaian Khas
                     Masa : 10.00 Pagi
                                                      * KEHADIRAN BAGI PELAJAR YANG TERLIBAT ADALAH DIWAJIBKAN