JTM - Pengenalan
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 635
Pengenalan JTM
Jabatan Teknologi Makanan diwujudkan selari dengan penubuhan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, pada tahun 1977. POLISAS satu-satunya politeknik di seluruh negara yang menawarkan Kursus Teknologi Makanan.Kursus Teknologi Makanan meliputi bidang Sains dan Teknologi Makanan. Kursus ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor industri makanan dan juga agensi kerajaan yang berkaitan. Kursus ini memberi pengetahuan dalam bidang sains makanan seperti kimia makanan, analisis makanan, mikrobiologi makanan, kejuruteraan makanan dan lain-lain.Pelajar didedahkan pengetahuan dan latihan dalam operasi pemprosesan dan pengeluaran makanan, bermula dari pemilihan bahan mentah sehinggalah pengedaran produk makanan.