Kenapa Memilih Politeknik?
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 1337
Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di Politeknik KPT menggunakan kaedah yang dinamik bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Ianya meliputi kaedah:
• Pengajaran secara terus dengan pelajar
• Perbincangan dan tutorial secara berkumpulan di dalam dan luar bilik kuliah
• Pembentangan tugasan dan projek
• Latihan Industri di persekitaran kerjaya sebenar (praktikal)
• Kajian kes dan penyelesaian masalah
• Kumpulan pelajar yang kecil bagi setiap sesi kuliah
• Pembelajaran berorientasikan students centered
• Penasihatan akademik dan pembimbing rakan sebaya
• Field work dan perbengkelan
• Persidangan dan seminar
Spesifikasi Kurikulum
Kurikulum di Politeknik KPT direkabentuk mengikut keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu berdasarkan Outcome Based. Bagi program diploma, pelajar didedahkan 60% aspek teori dan 40% aspek praktikal. Jumlah mata kredit program diploma adalah antara 90 hingga kurang daripada 120 kredit dengan purata kredit setiap semester pengajian antara 15 hingga 18 kredit.
Dalam usaha memberi nilai tambah kepada graduan politeknik, satu usaha telah dijalankan untuk menyatupadu kurikulum program pengajian di Politeknik KPT dengan pentauliahan profesional dimana sesuai.
Buat masa ini terdapat dua (2) bidang yang terlibat iaitu perdagangan dan teknologi maklumat. Diantara program yang terlibat adalah pentauliahan profesional, antaranya program London Chamber of Commerce & Industry International Qualification (LCCI) bagi program Diploma Akauntansi dan Diploma Pengajian Perniagaan dan program Cisco Certified Networking Association (CCNA) bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian).
sumber: Bahagian Ambilan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik