Pengenalan JKE
Pengenalan JKE
Bidang kejuruteraan Elektrik merupakan satu bidang kejuruteraan teknologi yang sedang berkembang pesat di Malaysia. Bidang ini menggabungkan pengetahuan tentang sains dan teknologi meliputi kajian tentang teknologi elektrik, sistem elektronik, sistem berdigit, baikpulih alatan elektronik dan juga reka bentuk terbantu komputer.
Bermula sejak Mei 2002, Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Polisas menawarkan program Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Diploma Kejuruteraan Elektik dan Elektronik dan Bridging Teknologi Komputer (BTK) serta turut mengekalkan kursus sedia ada iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer. Pelajar-pelajar di dalam setiap kursus ini akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menguji peranti elektrik dan elektronik bagi penambahbaikan perisian komputer. Kurikulum kursus ini mengandungi modul sistem digital, pengukuran dan pengalatan elektronik, sistem pemprosesan mikro, jurubina komputer, kajian dan pengelenggaraan komputer serta kejuruteraan perisian.
Bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Elekrik dan Elektronik, mereka akan didedahkan dengan kemahiran dan pengetahuan menguji dan memperbaiki serta menentukan pengalatan elektronik. Kursus ini mengandungi modul asas elektrik dan elektronik, pepasangan dan pendawaian, sistem digital, litar elektronik, telekomunikasi, pengalatan dan kawalan. Selain daripada itu juga, kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada bidang kejuruteraan elektronik yang menjuruskan kepada sistem kawalan elektronik di industri. Selain dari modul asas dalam bidang elektrik dan elektronik, pelajar akan mempelajari elektronik industri, sistem kawalan, sistem mikro-komputer, CAD, Sistem automatik dan kawalan motor elektrik. Kursus ini diperkenalkan berikutan permintaan dan pembangunan yang pesat di dalam bidang ini sama ada di bidang industri atau pembuatan