PENGENALAN JABATAN PERDAGANGAN

 

Menyingkap kembali sejarah, Jabatan Perdagangan diwujudkan seiring dengan penubuhan POLISAS pada tahun 1976 dan telah menawarkan dua (2) program sahaja iaitu Sijil Penyimpanan Kira dan Sijil Sains Kesetiausahaan.Selepas itu, terdapatEnam(6) Programberkaitan bidang perniagaan dan pengurusan yang dilaksanakan oleh jabatan ini iaituEmpat (4) di Peringkat Diploma, danDua (2) Peringkat Sijil. Namun, mulai sesi Julai 2010,Politeknik-Politeknik Malaysia tidak lagi menawarkan program peringkat sijil.

Kini, dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 72 orang dan terdiri daripada pensyarah terlatih, berpengalaman, dan pakar dalam bidang masing-masing, mereka bertanggungjawab melahirkan tenaga mahir separa profesionalyang berkemahiran tinggi dan berwibawa di dalamEmpat (4) Program DiplomaiaituDiploma Akauntansi (DAT), Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK), Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan(DLS) dan Diploma Sistem Maklumat Perniagaan (DBS). Pengajian Peringkat Diploma dijalankan selama6 semester (3 tahun) termasuk 1 semester Latihan Industri.

Secara umumnya, semua pelajar Jabatan Perdagangan akan diberi pengetahuan dan pendedahan asas dalam bidang Perakaunan, Keusahawanan, Prinsip Ekonomi, Aplikasi Komputer, dan Statistik. Mereka seterusnya akandidedahkan dengan pengetahuan dan latihan khusus mengikut bidang masing-masing. Misalnya, program Diploma Sains Kesetiausahaan melatih para pelajar dalam bidang trengkas, menaip, undang-undang perniagaan danpembentukan personaliti. Bagi pelajar Diploma Akauntansi, pelajar diajar dengan pengetahuan kewangan, perakaunan, perangkaan, pengurusan, pengauditan, percukaian, dan lain-lain. Pelajar dalam program Diploma PengurusanLogistik dan Rantaian Bekalan pula akan didedahkan dengan pengurusan rantaian bekalan, prinsip pengangkutan, pergudangan, sistem logistik berkomputer, dan juga prinsip pembelian. Seterusnya, bagi Diploma Sistem MaklumatPerniagaan yang meliputi bidang perniagaan dan Teknologi Maklumat, mereka akan dilatih dengan kemahiran Teknologi Maklumat terkini dalam perniagaan seperti pengaturcaraan komputer, pembangunan laman web, sistempangkalan data, pengurusan projek, sistem maklumat perniagaan dan lain-lain.