Kategori : UMUM

PENGENALAN JMSK

Jabatan Matematik Sains dan Komputer (JMSK) merupakan jabatan akademik yang menyokong jabatan-jabatan induk dalam proses merealisasikan pelaksanaan pengajaran

dan pembelajaran secara sistematik dan berkesan. Ia diwujudkan dalam tahun 1979 seiring dengan penubuhan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS). ?

JMSK diterajui oleh seorang Ketua Jabatan yang juga menjalankan tugas-tugas Ketua Kursus Komputer dan dibantu oleh 2 orang ketua kursus iaitu Ketua Kursus Matematik dan Ketua Kursus Sains.

Kakitangan JMSK terdiri daripada 25 orang pensyarah yang berkelayakan dalam bidang masing-masing dan dibantu oleh seorang Pembantu Makmal Sains serta seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. ?

JMSK dilengkapi fasiliti yang cukup bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

JMSK bertanggungjawab menyelaras semua kursus Matematik, Sains dan Komputer di POLISAS. ?Penawaran sesuatu kursus adalah berdasarkan kepada keperluan semasa

program-program di jabatan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Makanan dan juga Perdagangan.