JPA - Pengenalan
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 314
Pengenalan JPA
Jabatan Pengajian Am ditubuhkan dengan objektif untuk membantu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan memperkenalkan kepada semua pelajar akan kepentingan dan nilai-nilai rohaniah, kemanusiaan, dan nilai kemurnian insan sejagat dalam kehidupan bermasyarakat yang bermaruah di samping menitikberatkan kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dari aspek kemahiran lisan (pertuturan dan komunikasi) dan kemahiran bertulis yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi membolehkannya berfungsi secara efektif dalam konteks kerjayanya kelak. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada berhubung dan berinteraksi sesama manusia di dalam kehidupan hariannya. Oleh itu, hubungan kemanusiaan melalui aspek inter-personal dan intra-personal merupakan suatu seni kemahiran dan seni yang di dalamnya dapat menilai kemanusiaan seseorang insan. Akhlak dan tindak-tanduk seseorang tidak dapat didik melalui pendidikan teknikal dan kemahiran pakar semata-mata tetapi kosong tanpa nilai-nilai rohaniah dan kemanusiaan. Sesuatu bangsa yang maju dalam bidang sains dan teknologi tetapi membelakangkan aspek akhlak dan kemanusiaan tidak ada kemuliaan dan kebaikan bagi bangsa tersebut bahkan dipandang sebagai suatu bangsa yang tidak bertamadun dan tidak bermaruah. Oleh itu, Jabatan Pengajian Am berfungsi sebagai pelengkap kepada semua jabatan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dalam membantu para pelajar mengisi kekosongan rohaniah dan nilai kemanusiaan sedapat mungkin dalam ruang vakuum yang paling minima dan terhad. Jabatan ini mempunyai kerunikannya yang tersendiri kerana walaupun ia tidak ada seorang pun pelajar seperti jabatan-jabatan lain, JPA mengendalikanm kursus-kursus bukan bidang kejuruteraan untuk semua jabatan di POLISAS.