Kategori : UMUM

PENGENALAN

Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah adalah suatu unit yang bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peperiksaan dan penganugerahan Sijil / Diploma  Akademi pelajar.Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan dibantu oleh dua (2) orang Pegawai Peperiksaan dan tujuh (7) orang Penyelaras Peperiksaan Jabatan.

 

FUNGSI / PERKHIDMATAN

Antara fungsi dan perkhidmatan Unit Peperiksaan adalah:-

Penyediaan Kertas Peperiksaan Akhir

  •  Proses penggubalan soalan peperiksaan.
  • Semakan soalan peperiksaan akhir oleh Panel dilantik.
  • Pengurusan bank soalan bagi program yang diselaras

Pelaksanaan Peperiksaan Akhir

Dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu pada setiap hujung semester pengajian

Pemprosesan Keputusan Peperiksaan dan Penilaian Akhir

  • Keputusan peperiksaan dan penilaian akhir akan diproses dalam tempoh 1 minggu selepas peperiksaan akhir berakhir.
  • Pengumuman keputusan peperiksaan dan penilaian akhir semester secara online.

Pengurusan Persijilan Sijil / Diploma

  • Pengeluaran Sijil / Diploma kepada pelajar yang telah disahkan bergraduat oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPT.
  • Penyediaan transkrip penuh bagi graduan

Penguatkuasaan Peraturan Peperiksaan dan Penilaian

Penguatkuasaan Peraturan Peperiksaan dan Penilaian adalah tertakluk kepada “Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian” melibatkan perkara seperti pelanggaran arahan am peperiksaan akhir, kes-kes meniru, cubaan meniru dan memberi tiru dan sebagainya.

Pentadbiran

  • Pengesahan maklumat graduan/lulusan.
  • Pengurusan gantian sijil/diploma dan transkrip yang hilang.

 

Transkrip dan Sijil Diploma

Transkrip Sementara (Provisional Transcript)

Tatacara Permohonan Sijil / Diploma Melalui Pos

Tatacara Permohonan Sijil / Diploma Dan Transkrip Gantian

 

Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan

Garis Panduan Pentaksiran dan Penilaian Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2024

Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian ( PROGRAM ASASI TVET) Edisi 2023 

Panduan Peperiksaan Dan Penilaian 2024 

Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian (Diploma) Edisi 2019