MAKLUMAT AM UNIT LI

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) menyelaraskan semua aktiviti yang bersangkutan dengan latihan industri pelajar. Fungsi-fungsi unit ini adalah:-

  • Mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak swasta, badan berkanun dan kerajaan bagi mendapatkan tempat latihan industri pelajar
  • Menyelaraskan lawatan penyelia ke tempat pelajar-pelajar menjalani latihan
  • Bekerjasama dengan pihak penganjur latihan industri bagi membolehkan pelajar mendapat manfaat semaksima yang mungkin dari latihan industri yang dijalani.

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LATIHAN INDUSTRI?

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan LULUS latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu (1) semester atau lima (5) bulan bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan sebenar.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI KE ATAS PELAJAR

  1. Membina personaliti individu Berkomunikasi dengan berkesan
  2. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
  3. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan
  4. Menghasilkan laporan latihan industri