Makluman Keputusan Peperiksaan dan Rayuan Sesi I : 2024/2025

 

1. KEPUTUSAN RASMI

Tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir Sesi I : 2024/2025 adalah pada 02/01/2025 dan pelajar boleh membuat semakan keputusan pada tarikh berkenaan.

Keputusan peperiksaan boleh diketahui melalui cara-cara berikut;

      i. Rujuk papan notis jabatan untuk mengetahui status keputusan peperiksaan mulai 02/01/2025
      ii. Rujuk laman Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik iaitu http://spmp.polisas.edu.my (Perkhidmatan on-line: i-exam)
      iii. Hubungi Unit Peperiksaan POLISAS:

          Pej. Am: 09 - 5655300 / Peg. Peperiksaan: 09 - 5655220

 

2. RAYUAN

Tarikh akhir rayuan bagi Sesi I : 2024/2025 pada 16 Januari 2025. Rayuan selepas tamat tempoh yang dibenarkan tidak akan dipertimbangkan. Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar pada 27/01/2025.       

        i. Rayuan Untuk Menyemak Semula Skrip Jawapan peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus dalam bentuk money order atas nama PENGARAH POLISAS serta     muat turun LAMPIRAN 1.

        ii. Rayuan Keputusan Peperiksaan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM50.00 dalam bentuk money order atas nama PENGARAH POLISAS dan hendaklah disertakan dengan surat rasmi sepertimana LAMPIRAN 2

                  kepada:
                                      Unit Peperiksaan
                                      Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
                                      Semambu, 25350 Kuantan, Pahang                                                Sila nyatakan no. telefon anda apabila berurusan untuk tindakan SEGERA
                                      (u.p: Pegawai Peperiksaan)

                                     atau melalui e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Permohonan rayuan hendaklah disertakan bersama Folder Penilaian PB (folio PB) bagi kursus berkenaan sekiranya berkaitan dengan kes rayuan anda. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan  bahan/dokumen  bukti yang berkaitan sebagai sokongan.


KEPUTUSAN RASMI SELEPAS RAYUAN ADALAH MUKTAMAD


3. PENILAIAN KHAS (MP)

Bagi pelajar semester akhir yang gagal SATU kursus sahaja, Penilaian Khas (Mengulang Penilaian) bagi kursus berkenaan akan dilaksanakan pada 27/01/2025 – 21/02/2025 dan keputusan rasmi pada 24/02/2025.
   

   Sesi Taklimat dan Pendaftaran Kursus Penilaian Khas (MP)


                    Tarikh : 27/ 01/ 2025 (Isnin)
                  Tempat : Atas talian https://bitly.cx/cQ2sR (Microsoft Team)
                     Masa : 10.00 Pagi
                                                      * KEHADIRAN BAGI PELAJAR YANG TERLIBAT ADALAH DIWAJIBKAN